16 Mei merupakan hari untuk guru-guru berasa diri dihargai sama juga macam hari ibu...aku sebagai guru sgt gembira dan terharu bila tiba Hari Guru..
kat sini aku nak kongsi sikit tentang sorang anak murid aku.. dia sorang pendiam sangat dalam kelas.. kalau suruh baca apa2 petikan.. mesti sangat lambat dan perlahan.. untuk pengetahuan anda semua.. dia dulu sorang pelajar pemulihan.. tetapi berkat didikan guru2 sebelum ni.. dia dah boleh baca dan menulis dengan baik.. cuma aku terkejut bila dapat kad daripada pelajar ni.. kata2 yang ditulis menusuk hatiku.. dalam kadnya tertulis..
saya tidak punya apa2 cikgu.. hanya kad ini sahaja yang dapat saya berikan pada cikgu.. saya sayang cikgu.. maafkan saya kalau saya selalu membuatkan cikgu marah..
Dia bukan dari keluarga yang kaya.. memang xdinafikan.. keluarga dia xmampu nak beli buku dan bayar bayaran tambahan sekolah.. tp semangat dia memang kental.. dia ada 10 orang adik beradik dan semuanya masih bersekolah.. bagi kami guru2 hanya dapat menolongnya dengan mencurahkan ilmu dan menyumbangkan apa yang patut untuk kebajikannya.. moga dia akan menjadi 'seseorang' suatu hari nanti.. Cikgu doakan kamu berjaya dan menjadi insan yang dapat menyumbangkan kembali 'sesuatu' kepada negara. ameen..
Kepada semua guruku yang telah mengajar aku.. TERIMA KASIH CIKGU.. untuk arwah cikgu yang telah pergi.. aku doakan moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
No comments:
Post a Comment