Monday, 11 June 2012

Rancangan Pindah Rumah..

Kali ni aku rsa lega sangat bila dpt luahkan keinginan untuk berpindah rumah lain.. aku dah xtahan duduk dengan housemate aku ni.. dah tak nak tambah dosa lg sbb asyik kutuk perangai dia..hhuhu.. astagfirullah.. biar la dia dengan kehidupan dia.. yang penting aku dah jalankan tanggungjawab aku menegur kelakuan dia.. bagi sesetengan org mungkin aku ni kolot  sbb tu aku xda teman lelaki dan xkawin2 lg.. tapi skurang2nya aku  tak kacau hidup org dan aku jaga maruah aku.. kalau dah sampai keluar dgn 2 lelaki berlainan( ada 2 boyfrend la).. xrasa meluat ke tgk.. siang keluar dgn bf per1.. mlm keluar dgn bf ke 2.. aku pn malu jugak ngn jiran2.. diaorg sbnarnya memerhati.. ape la rumah cikgu ade budak pompuan kuar mlm2 ngn lelaki lain2 plak tu.. mcm ni nak ajar anak bgsa..huhu.. tp budak pompuan aka housemate aku ni bukan cikgu.. dia nurse.. tp tolong la jaga profesion anda.. wlpn jauh dr mak bapak.. tak bmakna kita bebas.. ALLAH sentiasa memerhatikan kita.
Cepat la masa berlalu.. aku xsabar nak pindah.. Arap2 rumah baru aku akan memberi ketenangan...

Contoh rumah dikenali sbg Rumah Tok Su.. terletak di kwsn Taman Rimba di Bandar Alor Star
Contoh rumah yg memberi ketenangan.. ini dpanggil Rumah Tok Su.. 























































































Wednesday, 16 May 2012

Hari Guru.. hari penghargaan untuk guru..

16 Mei merupakan hari untuk guru-guru berasa diri dihargai sama juga macam hari ibu...aku sebagai guru sgt gembira dan terharu bila tiba Hari Guru..
kat sini aku nak kongsi sikit tentang sorang anak murid aku.. dia sorang pendiam sangat dalam kelas.. kalau suruh baca apa2 petikan.. mesti sangat lambat dan perlahan.. untuk pengetahuan anda semua.. dia dulu sorang pelajar pemulihan.. tetapi berkat didikan guru2 sebelum ni.. dia dah boleh baca dan menulis dengan baik.. cuma aku terkejut bila dapat kad daripada pelajar ni.. kata2 yang ditulis menusuk hatiku.. dalam kadnya tertulis..  
saya tidak punya apa2 cikgu.. hanya kad ini sahaja yang dapat saya berikan pada cikgu.. saya sayang cikgu.. maafkan saya kalau saya selalu membuatkan cikgu marah..
Dia bukan dari keluarga yang kaya.. memang xdinafikan.. keluarga dia xmampu nak beli buku dan bayar bayaran tambahan  sekolah.. tp semangat dia memang kental.. dia ada 10 orang adik beradik dan semuanya masih bersekolah.. bagi kami guru2 hanya dapat menolongnya dengan mencurahkan ilmu dan menyumbangkan apa yang patut untuk kebajikannya.. moga dia akan menjadi 'seseorang' suatu hari nanti.. Cikgu doakan kamu berjaya dan menjadi insan yang dapat menyumbangkan kembali 'sesuatu' kepada negara. ameen..


Kepada semua guruku yang telah mengajar aku.. TERIMA KASIH CIKGU.. untuk arwah cikgu yang telah pergi.. aku doakan moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

Wednesday, 11 April 2012

Gegaran.. Bencana yang perlu diambil iktibar

Hari ini tanggal 11 April 2012.. Skali lagi dunia dikejutkan dengan satu bencana Earth Quake/gmpa bumi di Sumatera Banda Acheh.. tringat lg thn 2004 kjadian yg sama terjadi yg mgorbankan bratus ribu nyawa dsebabkan ombak tsunami... masyaAllah.. tp kali ini aku nk crita skit ttg pngalamn family aku kt kg nun jauh di utara tanah air.. ptg dlm pukul 4.40 mcm tu.. mak aku crita dia rsa pening2 msa tgh cuci pggan kt singki umah.. lps tu pintu kabinet kt dapur plak tbuka tutup.. mak aku trus kuar umah tgk plak gate dpn umah kami plak bgoyang2.. mak aku ckp arini saja 2 kali rsa gegaran.. Jiran2 sblah umah pn mgalami nasib yg sama.. Adakah tsunami akan mlanda lg.. dah la umah kami lbih kurang 2km dr laut.. Moga Allah melindungi kita smua..ameen.. dan juga saudara2 seislam kita di banda Acheh.. moga slmat smuanya.. ini adalah peringatan dari Allah.. smentara kita masih ada  masa n pluang tuk bertaubat.. jom ramai2 bertaubat.. jgn tggu usia lanjut baru nk bertaubat.. Ajal bila2 masa saja.. Kita makin dekat ngn kematian tp orang yg dah meninggal makin jauh ngn kematian tu.. renung-renungkan

Saturday, 7 April 2012

Doa moga dimurahkan Rezki...

Assalamualaikumm.. di sini aku nk share skit satu doa yg aku slalu amalkan stiap ari slps solat...klu boleh stiap solat 5 waktu... klu berkemampuan.. amalkan stakat termampu.. terjemahan doanya yg menusuk kalbu sperti kat bwh ni:

Bismillahirahmanirahim...
Ya Allah..
Apabila rezekiku ada di langit maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah,
apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah,
apabila ia sedia dekat permudahkanlah dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah
dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya,
juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut 
dan berikanlah rezeki kepadaku seperti yang kujangka dan tidak kujangka,
dengan rezeki yang halal dan baik,
serta banyak lagi diberkati padanya sehinggakan tidak ada seorang dari kalangan hambaMu
kuperlukan daripadanya
dan jadikanlah kedua tangan ku ini selalu berada di atas dengan suka memberi dan menderma,
dan jangan jadikan kedua tanganku ini berada di bawah dengan suka meminta-minta,
sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.
amiiinnnnn....


Saturday, 31 March 2012

Bunga Hutan (Bwg Putih Bwg Merah)

Cerita Bawang Putih Bawang Merah.. mmg mnjadi kesukaan aku dulu2.. tp skrg pn suka lg.. unik la.. pelakonnya si cantik manis Latifah Omar dgn si hensem Mustafa Maarof... asal crita turun temurun org Melayu.. lirik dan susun atur lagunya pn unik.. sini aku nak share skit lagu tu..
cuba hayati lirik lagu ni (Bunga Hutan)..

Sungguh murni bunga hutan
Suci bersih, bersih tidak bernoda
Kalau hati tidak iman
Jatuh kasih, kasih sampai tergoda

Memang sungguh murni si bunga kasturi
Kuntum yang berseri tiap hari
Putihnya bak gading sukar nak dibanding
Memang sangat elok dipersunting

Indah nian kembang asli
Walau tumbuh, tumbuh tidak berseri
Hati sayang, dalam hati
Rupa cantik, cantik halus berbudi

Kasih hati dah sebati
Aku rela, rela jiwa melayang
Namun kasih tak diganti
Hati sudah, sudah cinta dan sayang




Friday, 30 March 2012

Nasi Ulam Utara...

Masa aku kecik2 dulu.. tok aku (nenek) slalu wat nasi ulam.. sedapnya.. makan bertambah2 la aku.. aku ni mmg jenis suka makan ulam-ulaman.. dulu wlpn aku kecik lg dah pandai makan nasi ngn ulam dan sambal belacan.. org2 tua masa tu hairan tgk aku makan nasi berulam n sambal belacan.. awet muda la..hihi.. tp yg penting badan jd sihat.. kat sini aku nak share skit resepi nasi ulam utara versi tok aku..
  • nasi
  • Ulam-ulaman berdaun spt daun putat, gajus (kat tpt aku dpanggil janggus), mengkudu, kaduk , kunyit, selom, daun sekentut, pegaga, ulam raja, dll (yang mudah dapat/cari) – dimayang @ dihiris halus
  • Beberapa batang kacang panjang, kacang botol- dihiris halus
  • 2 ulas bawang merah (kecil)-dihiris halus
  • serai –dihiris halus
  • bunga kantan - dihiris halus
  • 2 biji cili padi –dihiris halus
  • Sedikit lengkuas muda –dihiris halus @dicincang
  • Sedikit halia muda –dihiris halus @ dicincang
  • Sedikit lada hitam ditumbuk @ serbuk lada
  • 1 keping isi ikan talang kering direndam ,digoreng garing dan ditumbuk halus
  • Sedikit kerisik
  • Sedikit garam (klu ikan kering td kurang masin)

Cara-cara
Bahan2 yg telah disediakan di atas digaulkan kesemuanya.
Nasi ulam ni sedap dimakan bersama sayur keladi utara… (kuah dg nisi ikan mcm kuah laksa).. yummy…

 Selamat mencuba!!!!!!!!! 

Ni cth nasi ulam n sayur keladi.. mcm ni la yg tok aku wat...

Nasi ulam
Sayur keladi

 

Saturday, 24 March 2012

Sihir & Santau.. Doa Pendinding..

Kali ni aku nak ceritakan skit ttg sihir..  Benda ini wujud dari zaman Nabi Musa lg..dalam al-Quran pn ada diceritakan ttg sihir.. kita tak boleh nafikan kewujudan benda ini.. org yg bersahabat dengan jin dan syaitan slalu mgamalkan benda ini.. nauzubillah.. berdosa menyakitkan org lain dengan sihir dan santau.. aku nak ceritakan skit pengalaman aku berkaitan sihir... sblm ni aku tak percaya langsung dengan kewujudan sihir di zaman moden ini.. tp bila aku sendiri yg terkena.. astagfirullahhalazim.. aku anggap diriku menerima ujian Allah.. rupanya 8 thn aku telah dikenakan sihir tanpa aku sedari.. aku jd pemarah n kurang sabar.. n paling ketara bila aku xnak kawin.. terasa mual bila mak ayah n sdara mara brcerita ttg perkahwinan... aku akan kuar dr prbincangabn trsebut.. yg perasan prubahan aku adlah mak sdara aku.. dia hairan knp rmai yg dtg merisik n bkawan ngn aku mesti aku xnak.. dia bwa aku pg jumpa pngamal prubatan Islam.. rupa2nya aku tlah tkena sihir 8thn yg lalu.. sihir yg mengunci nafsu aku.. istigfar pnjang aku n family tkejut.. so aku brubat n mgamalkan ayat2 suci al-quran.. sakitnya nak kuarkan jin2 yg dah lama bertapa dlm tubuh aku..alhamdulillah sgalanya tlah kembali normal.. aku dah xjd pemarah n agak bersabar bbanding dulu... so kat sini aku nak show skit doa2 yg bleh kita amalkan utk elakkan sihir @ santau..
Baca ayat2 spt berikut :

Kemudian diikuti ayat Kursi, surah Al-Ikhlas, surah An-Nas dan surah Al-Falaq (3 qul) 

Selain tu bleh amalkan ayat ni.. ringkas je.. bleh amalkan tiap2 hari.. tuk elakkan santau n bala bncana.. InsyaAllah.. 


Selamat beramal...


Friday, 23 March 2012

Percutian Idaman...

Aku tringin sgt nak ke 1 tpt ni.. Nak lepaskan lelah n penat bkerja.. wlpn aku ni just sorang pndidik.. tp aku perlu menenangkan minda n fikiran ngn bebanan kerja yg makin menimbun.. org kata klu nk pahala lbih.. jgn merungut.. tp aku manusia biasa.. wlpn ijazah pertamu dlm bidang lain (engineering) tp aku byukur aku terpilih tuk menerima rezki dlm bidang pendidikan.. syukur Ya Allah.. inilah kerjaya idaman aku sbnarnya.. berbalik pada tpt percutian tu.. aku nak show skit gambar tpt yg aku tringin nk pg tu.. just tgk dulu kat bawah ni... ;) One day.. i will.. insyaallah.. salah 1 negara Islam jugk..

Bestnya banyak buku..

Assalam...
Salah 1 tempat yg aku suka adalah kedai buku n library.. aku pn tak thu knp aku suka tpt2 tu.. aku bukn jenis ulat buku.. tp yg pasti tpt2 tu mndamaikan jiwa aku.. sbb tpt2 mcm tu xbising n tenang.. lain la klu kdai buku tpi jalan tu..hihi..;P..Aku ada beberapa jenis buku yg aku bli sendiri n ada jugak yg dihadiahkan oleh kawan2.. tp xla byk mana pn.. sbb tu aku suka tgk pmandangan yg bersusun2 buku2 mcm library "Harry Potter"... ;)